JOM JADI GENG!

Tuesday, November 6, 2012

ALLAHUMMA, LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN



*sumber:google*

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.
Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.
Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.
Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?
Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.
Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.
Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.
Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.
Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.
Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.
Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi1.  Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.
Marilah, kita lafazkan pada Allah,
*sumber: google*

“ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”
Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin.
Fuad Latip
2 Nov 2012

Friday, November 2, 2012

"Mak, saya takut!"


Assalammualaikum, 
just nak share sikit petikan dari  iluvislam


"Mama, boleh tak temankan Azim ke dapur? Laparlah."
Malam sudah larut. Jam di dinding menandakan tepat pukul 11.30 malam.
Ibu Azim mengeluh di dalam hati. Mungkin tidak menjadi keberatan untuk menemani si Azim ke dapur jika anaknya masih kecil lagi. Tetapi yang menjadikan si ibu kehairanan, anaknya ini sudah berusia 12 tahun. Wajarkah untuk meminta ditemani hanya untuk ke sebuah ruang lain di dalam rumah sendiri yang semua pintu dan tingkap sudah berkunci rapat dan dikira selamat?
Takut yang tidak dibendung boleh bertukar menjadi fobia. Umpamanya takut untuk tidur dalam gelap di mana semua lampu dipadamkan. Atau takut berucap di hadapan khalayak ramai. Atau takut dengan air di kolam renang kerana pernah hampir lemas sewaktu kecil.
Emosi takut Allah jadikan ada hikmahnya. Makhluk bernama insan perlukan perasaan takut sebagai salah satu cara untuk melindungi dirinya daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan. Takut yang munasabah atau rasional termasuk: takut untuk berjalan seorang diri di lorong sunyi terutama pada waktu larut malam. Atau enggan memberi butir-butir peribadi kepada seseorang yang tidak dikenali kerana takut ditipu. Atau takut untuk memanjat tangga yang amat tinggi kerana bimbang tergelincir.
TAHAP UMUR DAN EMOSI TAKUT
Sama ada emosi takut yang menyelinap ke dalam lubuk jiwa seorang kanak-kanak itu wajar ataupun tidak ada kaitannya dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Adalah normal untuk kanak-kanak yang baru bertatih merasa takut untuk dipisahkan daripada ibu bapa atau pengasuhnya. Juga normal untuk kanak-kanak sekecil ini jika merasa takut untuk ke bilik air sendiri atau tidur sendirian atau takut dengan binatang atau serangga.
Kanak-kanak tadika pula mungkin takut dengan situasi baru umpamanya sekolah baru di mana segala-galanya baru untuknya.
Kanak-kanak yang sudah mula bersekolah sudah diajar takut dengan kemungkinan dirompak di tengah jalan, umpamanya. Mereka juga mula memahami konsep perhubungan manusia. Contohnya, kanak-kanak sekecil ini sudah mula terjejas emosinya dengan rasa takut apabila perhubungan ibu bapanya tidak baik. Bermakna, takut akan menyelinap di jiwanya setiap kali ibu bapanya bertelingkah. Ini kerana, kanak-kanak pada usia ini sudah mula peka dengan corak dan rentak perhubungan sesama insan.
Anak-anak remaja pula mungkin takut jika tidak ada kawan atau dipulau oleh kawan. Mereka juga merasa takut dengan pelbagai perkara yang disebut di atas tadi, termasuk perceraian ibu bapa.
Perkara yang ditakuti juga berubah sesuai dengan meningkatnya usia seseorang anak. Umpamanya, anak yang takut pada ular pada usia dua tahun mungkin tidak kisah menyentuh atau memegang ular sawa bila dibawa ke zoo pada umur belasan tahun. Jadi kalau anak kecil takut dengan sesuatu, anda tidak perlu bimbang. Kemungkinan rasa takut ini dengan sendirinya akan hilang apabila dia besar nanti.
TAKUT BOLEH JADI FOBIA
Meskipun emosi takut pada sesuatu adalah normal pada lingkungan usia tertentu, ibu bapa yang bijak akan membimbing anaknya dari kecil lagi supaya pandai menangani emosi ini. Tujuannya agar tidak menjadi satu fobia seperti Azim di atas. Fobia ialah apabila takut yang kuat berterusan di dalam jiwa seorang insan sehingga boleh menjejaskan kehidupannya sehari-hari.
Bayangkanlah:
Jika takut untuk tidur dalam gelap, bila sudah berumahtangga boleh menimbulkan perbalahan antara suami isteri kerana seorang berkeras mahu tidur dengan lampu terang benderang dan seorang lagi langsung tidak boleh tidur bila ada cahaya berhampiran.
Jika takut untuk menyampaikan idea di hadapan umum, boleh menjejaskan peluang kerjaya cemerlang kerana sebaik manapun idea, mustahil boleh disebarkan dan dimanfaatkan umat manusia andai tidak dikongsi dengan orang lain.
JIKA ANAK MENGADU TAKUT
Jika anak anda ketakutan, jangan sekali-kali dimarahi atau diperkecilkan emosi ini. Sebaliknya, ajar dia beberapa langkah yang boleh dia lakukan sendiri untuk mengurangkan rasa takut. Bantu dia untuk menenangkan perasaan:
  1. Ajar dia tarik nafas panjang dan lambat-lambat. Ini adalah strategi paling mudah untuk mengawal pernafasan sekaligus meredakan ketegangan. Kaedah pernafasan begini akan memulihkan tahap oksigen dalam darah. Buat bersamanya jadi dia lihat sendiri bagaimana anda melakukannya. Katakan: "Jom, kita tarik nafas lambat-lambat, ya sayang. Satu, dua, tiga ..." Lepaskan pernafasan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sehingga kelihatan dia agak tenang.
  2. Jangan sekali-kali menggelar anak sebagai "Penakut" sama ada di hadapan orang lain atau di hadapannya sendiri. Gelaran ini, meskipun disebut sekali sekala, hanya tambah menguatkan kepercayaan anak tersebut bahawa dia sememangnya seorang penakut.
  3. Awasi apa yang ditonton atau dilihat oleh anak anda, terutama anak yang masih kecil, di kaca televisyen, akhbar atau media lain. Imej-imej yang terlalu mengerikan boleh meninggalkan kesan negatif yang mendalam ke atas jiwa kanak-kanak.
  4. Anak-anak belajar daripada ibu bapa cara bagaimana menangani emosi takut. Jika dia melihat ibu bapa dan siapa sahaja yang mendidiknya sentiasa berkeadaan tenang meskipun situasi tegang dan menggusarkan, dia juga akan belajar berlapang dada.
  5. Paling penting, ajar anak supaya berdoa apabila dia merasa takut atau risau untuk mententeramkan perasaan yang berkecamuk. Ada pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk tujuan ini, iaitu mengingatkan anak anda yang Allah sentiasa di sisi dan melindunginya dalam apa jua keadaan. Salah satunya saya petik daripada laman webwww.doaharian.blogspot.com yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."
INGATLAH WAHAI IBU BAPA
Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari

Artikel dari iluvislam.com

Thursday, November 1, 2012

Mood Malas




Aiiyyaaa..malasnya rasa hati..nak buat kerja lagilah malas..

mna tak malas jadinya..Bos xde..pi meeting kat luar..member sebelah pi training...

aku dok lah dlm bilik ni sorang2 melayan mata yg nak pejam ni. adoyaiii...




Ini muka aku yg tgh boring..dan jugak muka pemalas...huhu...
mmg malas giler kot nak buat kerja...nasib baik bos aku x baca blog aku..sbb dia always bz..haha..klu tak..kantoila aku malas..




Tuesday, October 30, 2012

Kisah Umar

Assalammualaikum, 

         Selamat hari raya Aidiladha..sempat lagi kan.. Raya ni aku x balik kampung pon..raya kat KL jer..sebabnya Raya puasa aritu,aku dah raya ngan famili aku..so kali ni..kenalah raya ngan famili hubby plak..brulah adil dan saksama kan..hehe..lagipon mak mertua aku x balik kampung raya ni..jadinya, beraya di KL jelah...


           aku nak citer sket psl ank teruna aku sorang ni, Umar Haziq..dia suka sgt main dengan hanger..pantang nampak hanger..tengah nangis pon dia leh berenti bila nampak hanger...baka sapa la tu kan..



Nilah yang paling dia suka main...kakak2 dia ni, lepas guna hange jer suka sgt campak atas lantai..datang si Umar ni..sukalah dia kutip hanger...


Dah nak nangis bila si kakak2 Umar amik hanger yg dia main...Kakak mmg suka sgt usik adik...


Balik dr taska jer..dia mencari-cari hanger..


kakak Atul plak tolong kutip hanger bagi kat adik Umar..seronok lah dia..ada tukang layan...



Dah penat main hanger..main panjat2 plak..kakak Sumaiyah plak yg tolong jaga..takut adik jatuh..tapi kakaknya jaga kejap jer..bila dia dah boring..dia kepit adik kuat2, bagi adik nangis..
adoyaiiii..anak-anak mak..

Balik kerja memang penat dgn dorang, kadang2 tu kluar gak harimau jadian tu.. AAuuuummmmmmmmmmmm..
bila kakak berdua sepahkan mainan, aku paksa dorang kemaskan balik..elok je kakak kemas, dtglah Umar..menyelongkar balik ..gerammmm jer...patutlah kakak selalu kepit Umar...Umar selalu buat orang gerammm sgt kat Umar..





Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha






Assalammualaikum, 

Salam Aidiladha Buat semua..
Semoga Hidup anda sentiasa dirahmatiNya..InsyaAllah..





Monday, October 15, 2012

Hujung Minggu Kami

Assalammualaikum..

Modd rajin nak mengUpdate blog dtg lagi..huhu..

Weekend kitorang xde yg menarik pon..sbb hubby sebok ngan testing tren dimalam hari..Sian gaklah tgOk dia tido x cukup..tapi what to do...dah kerja kan..hehe

Sabtu tu mmg xde plan nak p mana pon..cuma pagi tue, kitorang g Pasar Tani kat Tasik Permaisuri..nak cari bahan basah..almaklumlah..ikan, ayam semua dah habis..kang anak aku makan nasi goreng jerr kot ari-ari..

Cuaca pagi tue memang mendunglah..so, cepat beli brg2..nasib baik dekat jer..pas abih beli brg singgah rumah mak mertua jap..mak mertua aku dok kat area umah kitorang gak..so mmg selalulah kitorang p sana..
lagipon skang adik ipar aku bru jer bersalin..berpantang kt situ..Lehla tengok baby..

Elok jer sampai umah mak, hujan pon turun dengan lebatnya..nasib baik sempat membeli...
Sumaiyah ni asal aku amik gambar jer..dia nak nyanyi..sbb dia ingt aku nak record dia nyanyi..xde maknanya..

Umar di celahan..haha..

Inilah Kak Long Irdina..baru dpt baby...sgt suka buli baby Wafi..smpi Umminya terpaksa sorok baby dr kakak Irdina..


Xperlah Ummi..Baby Wafi xde..Umar pon boleyyy...



Hahaha...balik dr Umah mak tOk..inilah aktiviti Umar..main dlm tudung saji.duduk bawah meja makan..bukan main sungguh-sungguh lagi dia nak  masuk dlm tudung saji tu..bila aku kluarkan ..menangis la dia...terpaksalah letak balik dlm tu...tgggu sampai dia rela hati nak kluar..


Ini aktiviti smlm...si Rabiatul ni, nak g mandi, tapi sempat lagi amik gambar ngan kakak dan adik Umar..tgOklah..baju pon atas kepala lagi...

Bila Umar dah geram...Tarik rambut kakak..

anak-anak mak...

Rabiatul dah selamat dlm bilik air..mmg lama la tuh mandinya..siap nyanyi bagai..
kakak Sumaiyah la kena layan Umar..

Tazkirah dr kakak Sumaiyah  "Jangan tarik rambut kakak la adik..sakit tau"




Umar ni dah ngantok sebenarnya, tapi masih nak main lagi..tu yg ngade-ngade ni....

walaupon xde aktiviti luar, tapi oklah..dok umah melayan anak-anak..dorang pon sebok ngan kartun jer..aku ni terpaksalah join skali... nak bwk anak2 jalan pon..skang cuaca x berapa elok..asyik hujan jer..so lebih baik dok rumah jer...
Rumahku Syurga ku.. 

MySpace



Tuesday, October 9, 2012

Jumpa Lagi..

Assalammualaikum, 

Hai teman-teman...

Ceewah..cam byk teman jer... kan...
Tetiba Plak aku rasa rajin nak mengupdate blog yg dah lama sgt aku x update. maklumlah..anak dah makin membesar..makanya dah rajin la sket nak mengupdate..hehe..lagipon Umar tu bukannya nak sgt ngan aku..dia lebih suka ikut bapaknya..hehe..anak bapak katakan..dia nak ngan aku time nak susu jer...sebab dia kan masih breastfeed ngan aku..huhu..tau pon dia yg bapak dia xde susu..hihi

eh..aku malas la nak menaip..aku bg gambar jelah...

Umar dok kacau kakak-kakak dia main masak-masak...
kakak tengah masak, dia amik dapur gas kakak..nasib baik x terbako..hehe..



Apa yg kakak pegang, itulah yg paling dia suka amik..

abaikan rumah yang tengah berselerak tu yer...Akukan wanita berkerjaya..haha..
sangatlah bekerjaya kan..

Umar lagi..kusyuk main..mata dah ngantuk tapi disebabkan mainan yg berselerak atas lantai..dia x jadi nak mengantuk

Lebih-lebih lagi tengok kakak Sumaiyah tambahkan lagi mainan atas lantai..yummmyyyyyy...

Ni muka kakak Sumaiyah lepas kena marah...dia ni sensitip sikit..kalau dah kena marah...melajuk la...tu yg amik tilam Umar buat tutup muka, tapi sebok gak  nak tengok kartun. dia ni skang asyik nak tengok channel 613 jer..nak tengok kartun..dah boleh hafal dah lepas ni kartun apa..walaupun kartun tu dah banyak kali ulang... aku gak lah yang tension...
bila aku cakap ngan dia "kakak ni , asyik tengOk kartun jer" dan dia dengan riaknya jawab " Yerlah..budak-budak, memang suka tengOk kartun"

OOHHHHHH..Tidakkkkkk...

Aku kehabisan kata-kata, bila cakap ngan anak-anak aku...tu baru jawapan dari Sumaiayah, kalau dari Rabiatul..lagilah....

Wednesday, October 3, 2012

Dah Lama Tak Bersiaran

Assalammualaikum...

wahh..tetiba jer aku macam rajin nak update blog setelah sekian lama aku tinggalkan..haha..
memang dah bersawang abih dah blog ni..segala mak nenek binatang dah beranak pinak dalam blog ni..huhu..

Aku bukan aper..skang mood malas sgt2..lebih2 lagi sejak ada baby ni..lagilah bertambah malas...malas nak update blog jer yer..yang lain aku masih rajin lagik..

Jom layan gambar jerlah..xtau nak cite apa dah...Otak pon dah beku..


Taraaa...tgOk anak dara aku ni..Sumaiyah...punyalah ngantoook..sampai tertidur dlm kotak..mula-mula aku nampak dia main-main ngan Rabiatul..Main dgn kotak tulah..tetiba plak aku dengar  dorang diammm jer..tgOk 2 rupanya dah tidooo..Bleh camtu.?



Hehe..Rabiatul ni..mmg susah sket nak amik gambar..sebabnya..time aku nak amik gambar, time tu jugaklah dia sebok nak tgok kat skrin camera..so camner nak amik gambar...Ni jelah hasil yg aku dpt..


Dan ni...Umar..dah besar dah..suka sgt gigit org..lepas  dah gigit sengih jer..x jadi nak marah..
dia ni dah jadi bestfren ngan hubby..mna jer ayahnya pergi..dia mesti nak ikut...anak ayah katakan..

Okeylah..daaaa...x tau nak mengarut apa lagi dah...




Friday, May 25, 2012

Cerita Terkini Aku...

Assalammualaikum,

Lama benar akU x menulis..pergh..tetiba dtg malas yg teramat, tapi mmg aku pemalas pon..haha..sejak dah ada org baru ni, bertambah2 la malas aku...

Alkesah bermula bila aku selamat bersalin anak ke3 pd 15 Dec 2011...alhamdullillah...kali ni Allah bg kami seorang Putera..yg aku namakan Muhammad Umar Haziq... dan pd hari yg sama gak, Sumaiyah anak sulung aku, kena warded psl kena denggi..

Perghh..dugaan betol, lebih2 lagi utk hubby aku.. nasib baik hospital yg sama, maka dialah yg ditugaskan utk menjaga sumaiyah. Alhamdullillah, Allah memudahkan aku bersalin, tapi rasa sedih gak bila mengenangkan Sumaiyah di hospital. Aku nak jaga x bleh..sian dia..nangis gaklah mengenangkan dia kat hospital. Hubby pon nampak x tentu arah, mna nak uruskan aku, ngan Sumaiyah lagi. Nasib baik jugak keluarga mertua aku dok dekat2.. Gilir2 lah jaga Sumaiyah ngan adik ipar aku, smntara Hubby balik umah tgok aku. Mak dan bapa mertua aku pon rajin dtg umah jenguh aku. Alhamdullillah..

Bila keadaan dah Ok, Sumaiyah dah sehat, keadaan jadi makin baik.. dan aku bertekad nak fully breastfeed kan Umar. Alhamdullillah..sampai ke Hari ini, Umar masih Fully breastfeed...

Bila Umar masuk 2 bln, Umar start batuk2..dengar bunyik kahak byk sgt... bwk g klinik, dr kata batuk biasa je.tapi makin lama makin teruk, dr x nak bg ubat sbb dia kecik sgt. just bagi neubulizer je. akhirnya, kami suami istri bwk Umar g jumpa pakar kanak-kanak. DR pakar juga kata yg Umar just batuk biasa, x ada jangkitan kuman pd paru2, lega sket, tapi tetap kena amik neubulizer utk cairkan kahak..seminggu tu , mmg asyik ulang-alik ke hospital je..

lepas seminngu nampak keadaan Umar makin baik, tapi lepas 3 minggu, batuk balik..sampai nampak dia cam susah nak bernafas... bila nampak dia cam susah nak nafas, kitorang bwwk g HUKM, dan Umar kena warded..huhu.. 3 hari jugaklah kami dua beranak dok hospital.. tapi alhamdullillah...lepas keluar hospital, keaadan Umar makin n baik..skang agak susah nak dengar dia batuk2 cam dulu...

sbb tu la aku asyik malas je nak update blog..huhu.. meh aku share sket gambar-gambar anak2 aku...


Inilah Ahli baru keluarga kami Umar

Umar ngan Kakak Sumaiyah
lena betoi tido 2 bradik ni..


Time kluar g jalan2
Kakak Sumaiyah dan Kakak Atul



Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta

Assalammualaikum, Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam ...