JOM JADI GENG!

Tuesday, November 6, 2012

ALLAHUMMA, LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN



*sumber:google*

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.
Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.
Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.
Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?
Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.
Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.
Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.
Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.
Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.
Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.
Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi1.  Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.
Marilah, kita lafazkan pada Allah,
*sumber: google*

“ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”
Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin.
Fuad Latip
2 Nov 2012

Friday, November 2, 2012

"Mak, saya takut!"


Assalammualaikum, 
just nak share sikit petikan dari  iluvislam


"Mama, boleh tak temankan Azim ke dapur? Laparlah."
Malam sudah larut. Jam di dinding menandakan tepat pukul 11.30 malam.
Ibu Azim mengeluh di dalam hati. Mungkin tidak menjadi keberatan untuk menemani si Azim ke dapur jika anaknya masih kecil lagi. Tetapi yang menjadikan si ibu kehairanan, anaknya ini sudah berusia 12 tahun. Wajarkah untuk meminta ditemani hanya untuk ke sebuah ruang lain di dalam rumah sendiri yang semua pintu dan tingkap sudah berkunci rapat dan dikira selamat?
Takut yang tidak dibendung boleh bertukar menjadi fobia. Umpamanya takut untuk tidur dalam gelap di mana semua lampu dipadamkan. Atau takut berucap di hadapan khalayak ramai. Atau takut dengan air di kolam renang kerana pernah hampir lemas sewaktu kecil.
Emosi takut Allah jadikan ada hikmahnya. Makhluk bernama insan perlukan perasaan takut sebagai salah satu cara untuk melindungi dirinya daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan. Takut yang munasabah atau rasional termasuk: takut untuk berjalan seorang diri di lorong sunyi terutama pada waktu larut malam. Atau enggan memberi butir-butir peribadi kepada seseorang yang tidak dikenali kerana takut ditipu. Atau takut untuk memanjat tangga yang amat tinggi kerana bimbang tergelincir.
TAHAP UMUR DAN EMOSI TAKUT
Sama ada emosi takut yang menyelinap ke dalam lubuk jiwa seorang kanak-kanak itu wajar ataupun tidak ada kaitannya dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Adalah normal untuk kanak-kanak yang baru bertatih merasa takut untuk dipisahkan daripada ibu bapa atau pengasuhnya. Juga normal untuk kanak-kanak sekecil ini jika merasa takut untuk ke bilik air sendiri atau tidur sendirian atau takut dengan binatang atau serangga.
Kanak-kanak tadika pula mungkin takut dengan situasi baru umpamanya sekolah baru di mana segala-galanya baru untuknya.
Kanak-kanak yang sudah mula bersekolah sudah diajar takut dengan kemungkinan dirompak di tengah jalan, umpamanya. Mereka juga mula memahami konsep perhubungan manusia. Contohnya, kanak-kanak sekecil ini sudah mula terjejas emosinya dengan rasa takut apabila perhubungan ibu bapanya tidak baik. Bermakna, takut akan menyelinap di jiwanya setiap kali ibu bapanya bertelingkah. Ini kerana, kanak-kanak pada usia ini sudah mula peka dengan corak dan rentak perhubungan sesama insan.
Anak-anak remaja pula mungkin takut jika tidak ada kawan atau dipulau oleh kawan. Mereka juga merasa takut dengan pelbagai perkara yang disebut di atas tadi, termasuk perceraian ibu bapa.
Perkara yang ditakuti juga berubah sesuai dengan meningkatnya usia seseorang anak. Umpamanya, anak yang takut pada ular pada usia dua tahun mungkin tidak kisah menyentuh atau memegang ular sawa bila dibawa ke zoo pada umur belasan tahun. Jadi kalau anak kecil takut dengan sesuatu, anda tidak perlu bimbang. Kemungkinan rasa takut ini dengan sendirinya akan hilang apabila dia besar nanti.
TAKUT BOLEH JADI FOBIA
Meskipun emosi takut pada sesuatu adalah normal pada lingkungan usia tertentu, ibu bapa yang bijak akan membimbing anaknya dari kecil lagi supaya pandai menangani emosi ini. Tujuannya agar tidak menjadi satu fobia seperti Azim di atas. Fobia ialah apabila takut yang kuat berterusan di dalam jiwa seorang insan sehingga boleh menjejaskan kehidupannya sehari-hari.
Bayangkanlah:
Jika takut untuk tidur dalam gelap, bila sudah berumahtangga boleh menimbulkan perbalahan antara suami isteri kerana seorang berkeras mahu tidur dengan lampu terang benderang dan seorang lagi langsung tidak boleh tidur bila ada cahaya berhampiran.
Jika takut untuk menyampaikan idea di hadapan umum, boleh menjejaskan peluang kerjaya cemerlang kerana sebaik manapun idea, mustahil boleh disebarkan dan dimanfaatkan umat manusia andai tidak dikongsi dengan orang lain.
JIKA ANAK MENGADU TAKUT
Jika anak anda ketakutan, jangan sekali-kali dimarahi atau diperkecilkan emosi ini. Sebaliknya, ajar dia beberapa langkah yang boleh dia lakukan sendiri untuk mengurangkan rasa takut. Bantu dia untuk menenangkan perasaan:
  1. Ajar dia tarik nafas panjang dan lambat-lambat. Ini adalah strategi paling mudah untuk mengawal pernafasan sekaligus meredakan ketegangan. Kaedah pernafasan begini akan memulihkan tahap oksigen dalam darah. Buat bersamanya jadi dia lihat sendiri bagaimana anda melakukannya. Katakan: "Jom, kita tarik nafas lambat-lambat, ya sayang. Satu, dua, tiga ..." Lepaskan pernafasan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sehingga kelihatan dia agak tenang.
  2. Jangan sekali-kali menggelar anak sebagai "Penakut" sama ada di hadapan orang lain atau di hadapannya sendiri. Gelaran ini, meskipun disebut sekali sekala, hanya tambah menguatkan kepercayaan anak tersebut bahawa dia sememangnya seorang penakut.
  3. Awasi apa yang ditonton atau dilihat oleh anak anda, terutama anak yang masih kecil, di kaca televisyen, akhbar atau media lain. Imej-imej yang terlalu mengerikan boleh meninggalkan kesan negatif yang mendalam ke atas jiwa kanak-kanak.
  4. Anak-anak belajar daripada ibu bapa cara bagaimana menangani emosi takut. Jika dia melihat ibu bapa dan siapa sahaja yang mendidiknya sentiasa berkeadaan tenang meskipun situasi tegang dan menggusarkan, dia juga akan belajar berlapang dada.
  5. Paling penting, ajar anak supaya berdoa apabila dia merasa takut atau risau untuk mententeramkan perasaan yang berkecamuk. Ada pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk tujuan ini, iaitu mengingatkan anak anda yang Allah sentiasa di sisi dan melindunginya dalam apa jua keadaan. Salah satunya saya petik daripada laman webwww.doaharian.blogspot.com yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."
INGATLAH WAHAI IBU BAPA
Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari

Artikel dari iluvislam.com

Thursday, November 1, 2012

Mood Malas




Aiiyyaaa..malasnya rasa hati..nak buat kerja lagilah malas..

mna tak malas jadinya..Bos xde..pi meeting kat luar..member sebelah pi training...

aku dok lah dlm bilik ni sorang2 melayan mata yg nak pejam ni. adoyaiii...




Ini muka aku yg tgh boring..dan jugak muka pemalas...huhu...
mmg malas giler kot nak buat kerja...nasib baik bos aku x baca blog aku..sbb dia always bz..haha..klu tak..kantoila aku malas..




Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta

Assalammualaikum, Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam ...