JOM JADI GENG!

Thursday, December 26, 2013

MemanjaKan Diri


Assalammualaikum,

Lama gaK tak buat entry baru..hehe..tetiba angin Cik M dah datang..tu yang malas nak menaip tu..rasa cam eh..nanti penat jari jemari saya..kikiki..Over sangat..

Semalam kan ke cuti Krismas..sO, saya dan anak beranak dOk umah jer..Niat hati nak g beli barang dapur, tapi sbb Pikir Jumaat ni dah nak balik kg...nantilah beli..maLas nak kemas ..malas lagi..ishh..entahlah..

So aktiviti saya cuma dOk umah jer. Kebetulan plak anak2 buah datang umah..alah umah dorang pon kt tgkt 9 jer..xdeLah jauh. tapi sebab mak dorang dah berhenti kerja dan dah jadi Fully Housewife, sO dah lama gak tak jumpa dorang. Dorang pOn asyik request nak bermlm kat rumah kitorang jer. so smlm, panggil dorang dtg rumah..

Mula-mula main jer, pastu en suami bagi latihan matematik utk Amani dan Sumaiyah. sebab thun depan dorang dah darjah satu. kena amik exam dulu untuk tentukan kelas..Dahtu kenalah biasakan dorang dengan soalan-soalan ni..




Study elok2 yer darling..jangan studO sudahhh...

Sambil en suami ajar dOrang saya buat ni..


Tanjat tak....hehehe


Lip mask bagai....

waktu paKai mask kat muka tu. saya jalan cam king kOng, takutkan Umar...dia pOn terkedek-kedek la lari..cam takut sangat..Aishah plak tengah tido..tu yang saya memanjakan diri..cewahhhh..manja la sangat...Lip mask n shishedO mask tu saya beli kat SAL..dia ni staff kat Opis..so senanglah beli ngan dia..harga pOn berbaloi-baloi..tak caya g terjah sendiri FB dia... 

en suami hanya mampu menggelengkan kepala tatkala saya jadi king kOng mengejar Umar..kekeke..eleh..nak jOin skali la tu..tapi segan ngan anak buah dia..hihi..Ya ampuuunn..


lepas kejar dia, dia sambung tngOk tV jap..pastu saya kejar lagi..muahahahahaha..

itu jer aktiviti semalam.. tak best pOn..tapi saya suka jer..hehehe..

eh nak share gambar anak-anak..



Aisyah dah 7 bulan..maKan banyak ok..serOnok sangat tengOk dia mkn..love u la dik...muKa tu jgn garang sangat yer...



Sedapnyer dia tidO...siap tutup telinga lagi..bising kOt..bila nampak dia tido camtu, ckp ngan en suami. pastu dia kata nak amik gambar la tuh...isshhh..over tau...tau-tau jer ..malu mak...




Aisyah dan kakak-kakak..Umar hilang entah kemana..kemana lagi depan tV la tuh.layan Hi-5...

Oklah tu jer nak citer..Daaaaaa...

     -Wassalam-

Thursday, December 19, 2013

Dalam Pantang


Assalammualaikum,

Tajuk Dalam Pantang buat suspen je Kan? hihi..Sebenarnya nak stOry paSal kisah saya masa berSalinKan Aisyah haritu. Kira-kira 7 buLan kepas.. dah Lama sangat kan. Ah..tak Kira..naK share jugaK..

Sebelum bersalinkan Aisyah, saya dOk pikir set bersalin mana yang patut saya ambil. Anak pertama dan kedua saya tak ambil pOn mana-mana set bersalin. pastu saya tak Pon fully breastfeed kan dorang. huhu..sedih..sedih bila diingatKan masa tu.. habis cuti 2 bulan terOs masuk kerja, terus bagi anak minum susu formula. kesian nyer dorang. Maapkan mak yer nak..mak time tu takde langsung ilmu bab breastfeeding ni..sObb..sObb..


Masa bersalinKan Umar, saya amik produk Nona Roguy. Oklah set tu. cuma dia masih ada bau-bauan jamu kan. saya ni memang susah sikit dengan jamu-jamu ni. membazir jer.. beli tapi taK guna sangat. sampai nak bersalinkan Aisyah pOn masih ada lagi saKi baKi set tuh. Nampak sangat saya jarang guna. tapi yang mana kena makan tu, saya paksa jugak diri saya nak menelan. aduss.. seKsa sangat rasanya. maCam nak suruh telan racun.



So kaLi ke 4 ni, terasa nak try set SHAKLEE plak. sambil buat kira-kira ok. budget nak kena kira jugak kan. tapi bila dCampur tOlak bahagi darab..akhirnya confirm gaK saya nak try set bersalin SHAKLEE.. kenapa?


  • Set Bersalin Shaklee tahan sampai 4 bulan-(Tak perlu amik banyak. sebiji jer Pon sehari)
  • Tak panas, so selamat untuk baby jugak- So tak payah nak kena tunggu sampai 2 minggu, lepas bersalin jer boleh terus makan..Best Kan..
  • Sebab tak ada rasa jamu, sangat mOden tapi hasilnya memang superb. Alhamdullillah
Syukur sangat, bila saya dah start consume set ni, alhamdullillah..susu badan banyak(Saya tak ada masalah tentang susu badan, sebab susu badan saya memang banyak semasa dalam pantang). tapi bukan sahaja banyak, maLah peKat berKrim. hehe.So Aisyah memang cepat kenyang. syukur..

hari ketiga bersalin saya dah boleh buat kerja rumah. Buat sikit-sikitLa..itu pOn atas bantuan en Suami. Tak terasa pOn macam dalam pantang. fresh jer..saya ni mak beranak 4, jadi walaupOn en suami ada, tapi nak kena jugak jenguk anak-anak yang lain kan..sO badan memang bertenaga. 



Waktu Dalam pantang, saya diUji dengan Aisyah yang kuat menangis. menangis macam kena pukul. perut tak kembung, lampin taK baSah, tapi..Allahhuakbar..memang stress la jugak. Pukul 12 ke 1 pagi baru dia nak tido lena. Tapi alhamdullillah.. saya tak terasa penatnya. tenaga saya macam di pam-pam. siang hari pOn tak boleh nak tido. ada je kerja rumah nak di setelkan.. tapi syukur Alhamdullillah. Allah permudahkan urusan saya. 


saya jugaK peraSan yang saya tak ada lagi masalah breast saKit atau melecet. Luka saya pOn cepat sembuh. memang raSa berbeza sangat berpantang kali ni..syukur padaMu Ya Allah. 

Ini Set yang saya ambik semasa berpantang. BerbalOi-balOi..**kredit to pakcik Google**

Berat saya jugak dah kembali ke berat asal, malah lagi kurang dari berat sebelum mengandung. Masuk Opis jer, ramai yang tegur caKap dah kurus. saya cuma caKap yerlah anak dah ramai, kena jaga anak...kihkih..malu tau..tapi dalam hati..suka. bukan suka orang puji, tapi suKa badan dah rasa ringan..Naik tangga pOn takdeLah berat semaCam jer kan..kihkih..

TeStimOni Lain:-

*Kredit to Pakcik Google**

so, Kalau masih ada ibu-ibu kat luar sana yang masih mencari set bersalin yang sesuai, entry ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. InsyaAllah. Kita mudahKan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah mudahKan urusan kita..

Boleh juga hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 
016-2598684

Jumpa lagi..

        -Wassalam-

Wednesday, December 18, 2013

Ekzema dan Kanak-Kanak


Assalammualaikum,

Hari tu dah share pasal ekzema ni, tapi bOleh pLak pOst tu menghilangkan diri...issh..isshh..meh nak share lagi..baCa yer..mOga bermanfaat..

_______________________________________________



    _______________________________________________

*kredit to pOkcik gOOgle*

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.

Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.


sumber :babycenter

Tuesday, December 17, 2013

Kids Day @ RapidRaiL


Assalammualaikum,

Ahad Lepas 15 Dec 2013, berlangsungnya Kids Day kat Opis. Disebabkan en Suami kena jadi cameraman, sO saya dan anak-anak pOn jOin lah skali. daripada takde aktiviti nak buat, baik saya ikut kan. Leh gak skOdeng en Suami..kihkih..acah jer...


Kitorang sampai agak awaL la..yerlah dah en suami kena jadi cameraman, taKkan nak datang lewat plak kan..sO kenalah dOk kat opis,  bagi anak-anak breakfast duLu..Pas perut kenyang, terus g lobby..tapi time tu pOn orang takLah ramai sgt...



Sampai jer, terus budaK-budak dapat lolipop..apa lagi kembung la pipi ngan lolipOp..tangan pOn berlengas..bape kali kena g basuh tangan Umar...sajer tau..


Aisyah asyik bertukar tangan jer..tu yang dapat amik gambar tu..



Glamer gak Aisyah ni..kihkih..semua dOk ckp ikut muka en suami..yerLah..pipi tu kan trademark anak-anak saya..bila en suami tau jer. org kata muKa anak dia ikut muka dia..sengih sampai ke telinga. dia kata"ikut muka abglah ramai org nak dukung Aisyah." ayooo..over tau..nasib baik laki...


Ada stage performance. Umar dOk depan skali tengOk orang nyanyi sambil makan lolipop..


Ni time naik truck Bomba. budak ni asyik nak naik truck bomba jer..siap tarik tangan lagi nak naik. pastu tak moh turun-turun. dah jadi kerja plak nak menunggu dia..takut jatuh..dah la tinggi..besar nanti nak jadi bomba ek..nasib baik akhirnya nak gak dia turun. tapi gambar mmg tak banyak la sebab en suami kan dah jadi cameraman, so biar dia jelah yang amik gambar. saya snap kt phone jer..



Beli cekelat untuk Mummy Az. Mummy Az dah pesan soh beli..kang putus sahabat plak tak belikan. kehkeh..dahLa mintak sket pOn tak bagi..dia kata kalau tak dapat cekelat tu, nak soh batu belah batu telangkup makan saya..ishh..imaginasi menjadi-jadi.. cekelat tu beli kat Jouhara Pastry. Macam coklat, kek, cup cake ada..sedap..dap..dap..owner Jouhara pastry ni kawan kat Opis..mmg selalu gak beli cOklat ngan dia..


Saya pOn tangkap sebijik cake in Jar ni..rainbow kek..sedap tau.. tak manis sangat. just nice gitu..

anak dara berdua tu, saya masukkn untuk aktiviti mewarna, tapi takde pLak gambar, sebab time tu sebOk dukung Aisyah..takpe.ayah ada amik gambar.. Rabiatul dapat no 6, Sumaiyah dapat no 4. okLah tuh..dapat lah jugak kan...


Hadiah Sumaiyah, ada lagi satu dapat pencil box, tapi dah simpan sebab Umar sebOk main hadiah kakak. Ni pon yang tukang bukak hadiah ni Umar lah..notty tau budak tu


Ini Rabiatul punyer..pink gitu..pOn kena bukak ngan Umar..

enjOyla jugak budak2 ni g kids day. walaupon takdeLa event besar pOn tapi bolehlah...ada gak aktiviti diorang nak buat kan..

Eee..ehh..tangan dah penat  plak..abih runcing jari jemari saya menaip..over kann..

Jumpa lagi next entry..InsyaAllah..

      -Wassalam- 

Monday, December 16, 2013

Kisah Hari Jumaat

Assalammualaikum,

Harini nak share sket kisah Jumaat Lepas.

Alkisahnya, Hari Jumaat tu saya kena pegi Training EKMS. Last minit kOt kena attend course. Nasib baik dekat ngan umah...hehe..


Ini gambar time mula-mula sampai. bersemangat waja sangat..


Note pOn mula-mula okla..tulis dan menulis. Bila dah masuk tengahhari...saya lukis-lukis jer...Kihhkihh. kalau la bos tengOk, mau menangis nih...tadi ada trainer tu tegur.."Eh cantik nyer note" sungguh makan dalam..sentap saya..kahkah..tak sempat nak sorok..

Setel Training, balik umah ngadap anak-anak..bestnyer..tgh masak-masak kat dapur, Umar datang panggil..see...apa dah jadi.....huargghhhh....


Dia main bedak pulak..adusss...saje je kan nak bagi omak kau ni jadi hijau..Dulu kakak-kakak dia yang buat camtu..YaAllah,..Kuatkanlah imanKu Ya Allah...Sabar..sabar..smile..


Yang ni pulak si kenit Aisyah. Kakak tengah baca buKu..dia pOn menyelit bawah meja..eLok jer terletak bawah tu..adoyaii..



Sekejap jer..pastu dah kluar gi jalan-jalan tempat lain plak..kihkih..penat tapi serOnok.. mereka lah cinta hati saya, yang selalu buat saya senyum sorang-sorang..

Warghhh..Tetiba rindu sangat ngan anak-anak...

     -Wassalam-

Saturday, December 14, 2013

Dari Mana Datangnya TenagaKu..


Assalammualaikum,

Wah..tajuk dia cam Skema kan.kihkih..memang pon..Okla..harini nak share ngan korang..walau mungkin dah rama jugak yang share pasal ESP ni..ataupon nama panjang Energizing Soy Protein.



Hari Rabu lepas kan saya ada story, gi beli barang-barang sekOlah anak-anak kan..Pagi tu saya dah minum segelas ESP+Mealshakes. Memang superb, Alhamdullillah, walau kesana ke mari badan saya bertenaga sangat. itu yang saya jatuh cinta tu. Malam tu dahla tido lambat. Tengah malam layan budak kecik tu bangun menyusu. saya ni dahla masih tandem nursing Umar dan Aisyah..Gilir-gilir diorang bangun menyusu tau. Tapi dengan izin Allah, bangun pagi takdelah lembik sangat. Sejak ada Aisyah ni, saya memang tak cukup tido.



Iyerlah pengorbanan seorang mak kan. camtu jugaklah dengan mak kite dulu, waktu nak membesarkan kite. Saya dah consume ESP sejak menyusukan Umar, dan memang alhamdullillah serasi dengan saya. Bangun pagi nak pegi kerja Takde la letih sangat.Nak menguruskan anak-anak pegi taska lagi..pegi tadika lagi..Fuh..memang mintak nyawa(Macam main Candy Crush kan plak, mintak nyawa).



Kadang-kadang tak sempat breakfast..sempat minum ESP+Mealshakes+Sunquick jer. Sampai Opis buat kerja bagai, pastu nak kena gi mengepam plak. Alhamdullillah, rezeki anak-anak, walaupon Aisyah dah 7 bulan, tapi susu badan masih banyak..eii serOnok sangat. sampai tak cukup storage botol. Harap-harap dapatlah saya susukan dia sampai Umur 2 tahun..InsyaAllah.

Balik rumah jer, nak kena bersilat plak kat dapur. Walau pon tak delah masak sampai penuh satu meja, tapi kena jugak masak something untuk anak-anak dan suami. kesian dOrang. Dan saya perasan sangat, bila saya amalkan ESP ni, saya rasa bertenaga sangat. Alhamdullillah..Allah memudahkan urusan saya. Bukan senang nak jadi ibu untuk 4 orang anak Banyak betul dugaannya..Saya memang rekomen ESP ni untuk ibu-ibu superwoman di luar sana.

Jom kita intai-intai, kenapa ESP ni best..

  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.    (Wah pasni mesti muka saya cam budak umur 12 tahun kan..Over takkk)


  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.


  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.


  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


kredit to:  http://vitaminsemulajadi.com/faedah-kebaikan-energizing-soy-protein-shaklee/

     -Wassalam-

Thursday, December 12, 2013

Shopping Barang Sekolah


Assalammualaikum, 

Semalam hari Rabu, cuti umum untuk Negeri Selangor..Makanya cuti gakLah untuk saya dan bapak suami..kihkih..yabedabedu..serOnok-serOnok.Plan asal nak gi beli stationary untuk anak dara berdua tu. Yerlah kat pekan Sungai Besi ada  Becon. Kedai stationary..agak berbaloi beli kat sini sebab ada jual banyak..kalau ada membercard lagi berbaloi lah sebab ada diskaun. bagi pendapat sayalah..hehe

Tapi memikirkan baju sekOlah untuk Sumaiyah belum beli lagi, yerlah tahun depan Sumaiyah dah darjah satu, sO kenalah prepare apa yang patut dan jugak memandangkan KL tak cuti, so decide dgn en suami untuk hantar Umar dan Aisyah ke taska tapi bawak anak-anak dara gi beli barang-barang sekOlah..lagipOn nak kena gi sekolah dulu beli buku untuk Sumaiyah. surat dah dapat..

Dan pagi tu, lepas siapkan barang untuk Umar dan Aisyah, kitorang pon siap-siap plak nak g beli barang. Terpaksa lah hantar Umar dan Aisyah kat taska..takkanlah nak usung si kenit tu kesana kemari..susah gak nanti nak membeli barang. kesian jugak nanti time tido dorang.. so, darling Umar dan Aisyah, dok taska yer..sian nanti korang panas..


On The way nak kluar..sementara menunggu lif terbukak..sempat la lagi posing untuk mak tempek dalam bLog mak ni..serOnok bukan main lagi, sebab tak yah gi taska, pastu excited nak beli pencil colour baru..sabo jelah...abihlah kena pow la nih..kehkeh..


Destinasi pertama..Kedai buku dululah..sebab kena lalu sekOlah dulu..dekat jer sekolah dengan rumah. Kalau naik moto /kete tu tak sempat nak feel pOn..tau-tau jer dah sampai..tak sempat nak berangan.. 


Kakak kat kedai buKu ni, memang bagus.(Kakak ker..cam muda sangat jer kite nih..kihkih) servis dia bagi saya memang terbaik. Sangat membantu. Alhamdullillah, dimudahkan urusan kat kedai buKu tu..suke..suke..suke.

Next gi Becon, tapi tak sempat nak amik gambar. sebab kena pantau budak berdua tu. excited kOt tengok stationary banyak-banyak kat situ. Itu nak..ini nak..semua benda nak Kadang tu benda ntah hapa hapa yang dia amik..isshhh korang ni..Over tau..

Lepas gi Becon, terus ke Bandar Tun Razak plak gi cari uniform sekolah. nasib baik biras dah rekomen kedai uniform yang mana. yerlah ni kan pengalaman pertama gi beli baju sekolah. sebelum ni tadika tak yah susah-susah beli baju. Sekolah dah supply..order jer..

sampai jer kat kedai..ermm..boleh tahan gak ramai orang..camner la nak menyelit ni..saya ni dahla pemalu orangnyer.kihkih..


Boleh tahan gak orang kat dalam kedai ni. tapi yang bestnya, dia banyak staff, so xdelah kes takde orang nak layan korang ke..apa ker.. kat kedai ni, memang best..macam-macam kaler baju, tudung..semua ada..macam-macam ada. tapi x sempatlah plak nak buat sesi fotografi kat dalam ni. sebOk beli baju..Dahla orang ramai..kang kena lepuk jugak kang kat dalam tu..


Sesi test kasut. ayah dia memang nak beli kasut besar untuk Sumaiyah, sebab tahun lepas beli besar gak, baru 2 bulan pakai dah kata kasut tu kecik. Aik..cepat betul kaki dia memanjang. mak dia ni dari dulu xder pOn nak memanjang camtu. sah-sahla dia tak ikut baka saya kan. So kali ni en suami dah ckp, nak beli kasut yang besar sket untuk Sumaiyah. Nasib la Sumaiyah yer..Mak ko ni tukang order jer..yang kluar duit ayah..jadi biar lah ayah yang decide. 


Sebelum balik rumah, singgah umah mak tok jap...melepaskan lelah..lelahla sangat..kihkih..


Anak dara dua orang ni dah penat. masuk jer rumah mak tok, terus cakap..pening arrr..eh..macam Shuib Sepahtu plak..korang tak tau..ayah korang lagi pening tau..menggigil tangan asyik kluar duit arini. kihkih..Tapi takpe..rezeki anak-anak..Duit boleh di cari kan...


Sesi try baju sekolah. ambik feel sikit ada anak yang dah nak sekolah. tudung tu dia kena pegang, sebab longgar. Tudung ni beli kat kedai buku sekolah. yang bestnyer, dia dah siap cop lencana kat tudung. so tak yahla mak dia ni nak kena jahit lagi lencana..bestnyer..bagus lah..saya suke..


kalau tak pegang tudung tu, jadi cam gambar sebelah tulah..kihkih..lawak. Sumaiyah ni pon boleh tahan gak cerewet. nak tudung muncung lah..tak ketat lah..ishh..nak kena jahit plak..takpe lah..jahit jer kot..sikit jer..

Fuhhh...penat betol g beli barang-barang dorang. Nasib la tak bawak budak kecik 2 orang tu. Tapi pagi tu saya dah amik segelas ESP Shaklee dengan Mealshakes. Takdelah rasa lemah gemalai sangat badan ni.. walaupOn kesana kemari tadi..Alhamdullillah..sempat lagi kan promote Shaklee. Heheh.. Yerlah saya dah cuba dan dah rasa keberkesanannya..apalah salahnyer share kat sini kan..

OkLa korang. jumpa lagi Next Entry yer..InsyaAllah..

       -Wassalam-

Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta

Assalammualaikum, Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam ...