JOM JADI GENG!

Thursday, November 7, 2013

Anak-anak

Assalammualaikum...

Mood menaip tgh meluap-luap sekarang ni.. Harap-harap berterusan la camni kan. Sejak akhir-akhir ni kisah penderaan anak-anak di taska menjadi topik HOT sgt. dengan kes kematian baby tersedak susu lah, buatkan aku risau sgt ngan anak2 aku. Aku ni dah la 4 skali dok kat Taska tu, dari yang besar sampailah baby. Hati rasa tak keruan. Tapi nak buat macam mana kan.


sekarang ni, kluar jer dari Taska, Sumaiyah atau Rabiatul akan cakap.."Mak..harini Umar nangis, depan2 owner dan pengasuh taska".. aku pon tnya lah kenapa Umar nangis? dorang pon dgn selamber cakap.."alah..Umar nak mak..dia nak balik..tu pasal dia nangis".. Lega sikit dengar..ingatkan nangis sebab kena pukul ker..kena cubit ker..Risau aku..

Nilah Informer aku kat Taska..Jujur je bercerita..

kat rumah ada gak aku tnya budak berdua ni, ada tak kakak-kakak(pengasuh taska) pukul atau cubit adik2.. jawapan dorang "xdelah..kakak tu baik jer...daddy(suami owner taska) selalu dukung Umar, kalau Umar nangis"
Alhamdullillah, tersangatla lega dengar feedback yang baik. anak-anak so far takdela lagi tak nak gi taska atau menangis-nangis time nak hantar ke Taska. Alhamdullillah..moga Allah membalas kebaikan Owner Taska(Pn Azlina) kerana menjaga anak-anak aku dengan baik..Mudah-mudahn kekal la camtu hendaknya. skema sangat kan..kih..kih...ada aku kesah..

Bukan apa..risau skang ni. macam2 hal.Tiap kali tinggalkan anak-anak kat Taska, berdoa byak2, Moga Allah melindungi anak-anak aku dari perkara-perkara yang tak elok. Time hantar Sumaiyah dan Rabiatul kat Tadika pon pesan jugak kat dorang, jaga diri..jangan nakal-nakal..tggu daddy amik..sampai dorang jawap pon.."OK mak", dlm nada yang terpaksa dah..sebab selalu cakap camtu.. biarlah dorang nak bosan pon..asalkan dorang dengar.. 

Ingat senang ke nak beranak ni? pastu leh biarkan jer anak camtu...Oh tidakkk...Ya Allah, Lindungilah anak-anak aku Dunia dan akhirat....Aamiiinnn...

Wassalam
-m@kadawiyah-

Iklan


Kalau berminat ngan Shaklee leh PM/SMS/WhatsApp
016-2598684
InsyaAllah aku akan membantu..

No comments:

Post a Comment