JOM JADI GENG!

Monday, January 6, 2014

Mendidik Anak-anak


Assalammualaikum,


Salah satu amal yang tidak pernah terputus pahalanya sekalipun kita telah meninggalkan dunia ini adalah “anak yang Soleh dan Solehah". Doa anak yang soleh juga merupakan salah satu doa yang insya Allah dikabulkan oleh-Nya. Bagaimana cara untuk mendidik anak kita menjadi anak yang soleh? Didiklah ia dengan cara yang islam, seperti beberapa tips berikut ini:




1. Biasakan anak kita bangun pada waktu Subuh. 
Memandangkan Sumaiyah & Rabiatul masing-masing dah berusia 7 & 6 tahun, saya dah mula suruh anak-anak bangun pagi untuk solat subuh. walaupon Sumaiyah menangis sebab mengantuk, biarlah..bangun lah nak..mak taknak nanti mak dan ayah yang menangis kemudian hari. Alhamdullillah, diorang dah boleh solat. dah tahu bacaan dalam solat waktu umur 5 tahun. Bersyukur di permudahkan dalam mendidik mereka bersolat. Cuma nak kena monitor pergerakan dalam solat. kadang solat laju2 sebab nak tengOk kartun..sabo jelah..


2.Pergaulan & Pendidikan Islam
Alhamdullillah untuk diorang saya masukkan Tadika Islam dekat rumah tu. Bukan la nak kata Tadika yang tak  ada nama islam tu Tak belajar agama.Tidak yer..Mana-mna tadika atau sekolah semua bagus kalau menekankan aspek Islam dalam diri anak-anak. Dunia tanpa sempadan sekarang memang agak mencabar dalam kita mendidik  anak-anak. 

Sya sendiri pon rasa berpeluh-peluh nak menghadapi cabaran besar dengan anak-anak zaman  sekarang..Fuhh.Saya jugak hantar dorang ke kelas Iqra' lepas diorang balik Tadika. Tapi tahun ni, nampaknya  Sumaiyah saya berhentikan kelas Iqra' sebab dia dah sekolah pagi petang. Kesian dia penat. Rabiatul  masih pergi  kelas macam biasa. Kita jugak tak boleh nak harapkan sekolah jer ajar anak-anak dengan islam. Rumah tu  memainkan peranan penting. Kalau mak ayah tak solat camner anak-anak nak ikut. Jgn jadi macam ketam yang ajar anak nya berjalan lurus. tapi diri sendiri jalan bengkOk. Saya tak mengata orang lain, saya sendiri masih belajar dan belajar cara terbaik untuk mendidik anak-anak. Saya sendiri kadangkala bengkok jugak..OOpppss..

3.Perkenalkan batasan aurat sejak kecil
Saya dah biasakan anak-anak dara saya yang berdua tu untuk menutup aurat. Saya mula beli tudung sejak umur diorang 2 tahun. Tapi saya taklah paksa diorang pakai. tapi Alhamdullillah, sejak dah masuk Tadika, dorang sendiri request nak pakai tudung bila keluar. Tapi kadang-kadang terbabas jugak tak pakai. Dan dorang pon dah taknak pakai skirt. malu katanya..Alhamdullilah..

Saya jugak tekankan kat diorang yang dorang tak boleh bersalam atau pegang dengan kawan-kawan lelaki. kalau nak ajar susur galur mahram memang banyak, tapi tak apa, saya akan ajar perlahan-lahan. saya taknak diorang confuse. 


4.Biasakan anak kita membawa pakaian solat terutama anak perempuan
Yang ni saya dah buat. kalau balik kampung memang saya dah stanbyKan dorang telekung. Tapi kalau gi jalan-jalan kadang2 saya bawak telekung..kadang2 tak sebab diorang dah mula bertudung, so boleh buat solat jugak..asalkan menutup aurat dan bersih. InsyaAllah.

5.Kurangkan anak dengan muzik yang bukan berunsurkan Islam, tetapi lebihkan dengan muzik islam
Dalam kereta saya dan suami beli CD nasyid kanak-kanak atau pon Iqra'. Tapi ada jugak beli CD lagu budak-         budak. Ala-ala lagu rakyat. lagu rakyat pon ada jugak lagu yang mendidik budak-budak. asalkan bukan lagu             artis-artis yang ntah hapa zaman la ni kan..

6.Buatlah jadual menonton TV dan dampingi anak ketika menonton. 
Yang bab jadual ni saya tak buat. Tapi bila Time solat jer, lebih-lebih lagi Maghrib, saya akan suruh diorang tutup TV. Kadang-kadang diorang menangis, tapi biarkan jer..Lepas Isyak baru boleh bukak TV semula. Tapi ini, time  sebelum Sumaiyah sekolah. Nampaknya kena revise balik bab ni..hihi..

 Kitorang pon pantau jugak rancangan yang diorang tengok. sekarang ni cerita dah macam-macam..seram Ok..saya pon tak tengok drama ke, Akasia ker kat rumah. kalau nak tengok sangat download..tu pon tengOk senya-senyap.
eh..kantoii..heheh


Itulah sebahagian tips yang dapat saya kongsikan dan alhamdullilah. saya sedang cuba mempraktikkan dalam kehidupan rumahtangga saya sekarang. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Tak ada internet bagai. budak-budak pon tak Extreme macam sekarang. 

Nasib baik jugak saya tak ada nak belikan diorang tab ke..iPad ker..rasanya duit untuk belikan tab ngan iPad tu bleh spend kat tempat lain. 

Lagi-lagi sekarang ni tengah heboh pasal keburukan gadget-gadget utk anak-anak yang sedang membesar macam anak-anak saya ni.

"Ya Allah, Kamu mudahkanlah aku dalam mendidik anugerahMu ini. Kuatkanlah kesabaranku agar mereka dapat menjadi hamba yang sebenar-benar hamba di sisiMu Ya Allah. Jauhkanlah mereka dari sebarang bentuk penganiyaan dan kezaliman. Hanya engkau tempat aku bergantung, Ya Allah.."

Jadikanlah mereka sahabat setia dengan kita. Jadikan mereka senang dengan kita untuk mereka curahkan perasaan mereka pada kita.jangan sampai mereka mencari kawan untuk diluahkan segala rasa yang mereka pendam..

Lakukan semua tips di atas dengan bijak, sabar dan konsisten. Jangan pernah menggunakan kekerasan dan hindari sikap emosional yang dapat membuatnya sakit hati.

Semoga tips-tips ini dapat membantu kita menjadi orang tua yang baik bagi anak kita dan mengajaknya bersama-sama masuk ke dalam surga-Nya yang kekal. Amin.Wallahhuallam..

1 comment:

  1. panduan yg sangat baik dlm mendidik anak2...singgah sini hari ni..

    ReplyDelete