JOM JADI GENG!

Monday, August 25, 2014

#Mengenang MH17


Assalammualaikum...

Bulan lepas negara di kejutkan dengan insiden MH17 yang di tembak jatuh di sempadan ukraine. Belom pon selesai dgn isu MH370 yang hilang, kita diuji lagi dengan MH17. Allah hu Akhbar...Dia lah Yang Maha Mengetahui. Dialah Yang Berkehendakkan semua ini terjadi. Sayu rasa hati mengenangkan mangsa-mangsa yang terlibat. Ibubapa kehilangan anak menantu dan cucu sekaligus.isteri kehilangan suami, suami kehilangan isteri dan ada juga anak-anak kehilangan ibu dan ayah. Berat  mata memandang, berat lagi mahu yang memikul. Apakah dosa mereka hingga tergamak mereka diperlakukan sedemikian rupa. 

walaupon saya tak ada kena mengena langsung dgn mereka yang terkorban, namun saya juga manusia biasa yang punya hati. Terasa sayu melihat mereka menjadi mangsa manusia lain yang bertelingkah. Allah Hu Akhbar. saya hanya mengenali Kapten Amran yg merupakan Pilot MH17 kerana Kapten Amran dan keluarga mertua saya jiran sekampung di Kuala Kangsar dan ada lah sikit pertalian saudara. Betul2 bersebelahan dengan rumah nenek en suami. Selalu jugak berjumpa, dan bersembang dengan famili mertua. Moga Rohnya tenang bersemadi, dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaMu yang soleh. 

Jumaat lepas, negara menyambut kepulangan 20 jenazah mangsa MH17, rasa sebak sangat. akhirnya hampir 36 hari mereka menjadi korban, perjalanan terakhir mereka pon bermula.lega rasanya, bila jasad mereka dpt disempurnakan. 

di tempat kerja juga ada Live  untuk staff menyaksikan sendiri upacara penghormatan kepada 20 jenazah. sayu je rasa bila tengok mereka akhirnya kembali, walaupon bukan semua mangsa dapat di bawa pulang. Moga mangsa yang selebihnya, dapat di bawa balik secepat mungkin. Moga Allah mudahkan urusan mereka. 





Picture dari FB RapidKL

tengah hari tu bukak FB, penuh ngan update pasal tu. sekali lagi rasa sebak nak menangis bila tengok gambar anak2 kecil yang kehilangan ibu dan ayah. betapa sebaknya saya membayangkan yang diorang akan membesar tanpa kasih sayang dari ibu dan ayah. Ya Allah, Rahmatilah hidup anak2 itu Ya Allah. sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung. Moga mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh. 


No comments:

Post a Comment