JOM JADI GENG!

Thursday, March 10, 2011

MANUSIA, MALAIKAT dan SYAITAN

Hai..Assalammualaikum...

SEKADAR BERKONGSI ;


 
Manusia -  Eh, dah subuh dah?
Malaikat -  bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
                  solat subuh mu ....
Syaitan -    Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
                  ini... awal lagi nie?. zzzzZZZZzzzzZZZZ...

Manusia -   Nak makan, laparlah ??
Malaikat-   Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
                  Bismillah...
Syaitan -     Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
                  mmm.. sedapnyaaaa? .

Manusia-  Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat -  Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan-    Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia -  Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan -    Ahhh? awal lagi? mmm.. aaahh? suruh si X,  punchkanlah?

Manusia -  Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan
Syaitan-    Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.

Manusia-   Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat -  Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan -   Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau   tak tengok nie..

Manusia -  Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat  - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan  -   Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah? .

Manusia -  Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan -   Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan -   Tangguhlah dulu, lain kali boleh  bertaubat... lagipun muda hanya sekali.... rugila. (kalau sempatla)

Manusia -  Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat -  Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan  itu ...
Syaitan -    Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu... Jomlahhh?

Manusia -  Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
                 Solat itu wajib bagimu...
Syaitan-    Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan  kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu...


WALLAHUALLAM...


No comments:

Post a Comment

Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta

Assalammualaikum, Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam ...