JOM JADI GENG!

Saturday, September 21, 2019

Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta


Assalammualaikum,

Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam dengan korang.

Ok korang. Harini aku nak share satu produk yang tak baru sangat dan tak lama sangat, tapi semestinya awesome la. Lebih-lebih lagi untuk mak pak yang ada anak tak suka makan sayur macam anak-anak aku. Heran aku, sorok macam mana pon sayur tu, tetap depa jumpa jugak, pastu tolak ke tepi pinggan. haishh..saje je tau.


Giler cun  pasta ni. Inilah Mix Vege Pasta By  Eatalian Express Pasta. Pasta yang berasaskan sayuran. Bestkan. So, kalau anak-anak yang tak makan sayur tu, amatlah di galakkan untuk bagi anak-anak cuba makan pasta ni. Aku dah try bagi anak-anak aku makan. Depa suka tau. Puas hati aku. Yelah, asyik tak nak makan sayur je kan, sekali aku goreng pasta tu, berebut diorang makan. Diorang tak tau yang diorang makan sayur. Bijak kan beta? Eh..tetiba pulak..hehehe..

Pasta ni memang berwarna warni, tapi bukan dari bahan pewarna tau. Ini merupakan warna asli dari sayuran tu sendiri. Bahan asas yang digunakan hanyalah 10 jenis sayuran dan juga tepung semolina. Tepung semolina ni merupakan tepung yang kadar protein nya paling tinggi.  Tak ada bahan pewarna dan juga tak ada bahan perasa yang lain. menggunakan sayuran asli dan bukan serbuk sayuran.

Sesuai dari bayi yang berusia 8 bulan keatas sehinggalah mak ayah dan atuk nenek bayi...maksudnya sesuai jugaklah untuk orang dewasa. Produk ni jugak, produk homemade 100% halal keluaran bumiputera.


 Inilah 10 jenis sayuran yang digunakan untuk menghasilkan Eatalian Express Pasta ni. Banyak kan? Aku pon tak terdaya nak masak sayur banyak macam ni. Dahla diorang susah nak makan sayur, kalau masak siapa nak makan? Hakak jugak kena menghabiskannya..

Jadi, sejak duduk rumah ni, otak pon kadang -kadang tepu gak, tak tau nak masak apa. Dengan adanya pasta sayur ni, senang hidup aku. Goreng ala kadar pon diorang makan. Cuba aku goreng sayur, jangan kan ala kadar, masak grand bagai nak rak pon, belum tentu diorang makan. Bila dah ada pasta ni, tak delah tepu sangat otak aku kan. Berhubungla jugak sel-sel otak..hahaha.


Ini antara yang aku dah masak. Shell goreng simple jer. Tapi jangan tak caya, habis tau diorang makan. Siap berebut lagi. Dahla aku masak pack 100g jer. Last-last aku dapat tengok je..huhu


Ianya didatangkan dengan 4 shape mixvege Pasta. Ada Shell, Macaroni, Fusilli dan jugak Star. Dan ianya jugak ada dalam 3 pack. 100g ataupon Petite Pack. Yang 100g ni sesuai la kalau korang nak try dulu. suka ke tidak. Macam aku, mula-mula aku amik 100g jer. Tapi anak ramai macam aku. mana maunya 100g. Untuk regular pack pulak ada 250g dalam tu. Mixvege jugak. Maksudnya, campur 10 jenis sayuran dalam 1 pek. dan untuk keluarga besar macam aku, ada value pack 600g. So boleh pilih nak mana satu. bestkan.

Korang kena try tau Mixvege Pasta by Eatalian Express Pasta ni. Ada jugak produk lain. nanti aku share lagi.

Ni harga :

100g =Rm10
250g= Rm20
600g=Rm40

*semua shape sama harga

Postage bergantung pada berat.

nak risik-risik, meh wasap je aku. InshaAllah..korang puas hati.

Ok Korang..jumpa lagi next entry..InshaAllah..



Friday, September 20, 2019

Al Fatihah Untuk Mak


Assalammualaikum..

Macam yang aku bagitau pagi tadi, malam ni, aku nak story sikit kisah arwah mak.
Tak de apa yang aku nak cerita sangat. Cumanya nak share sikit dengan sesiapa yang membaca blog aku ni je.
Aku buat sikit la kronologi, agar korang boleh paham

Sabtu 22/06/2019
- mak demam, tapi masih ke kebun kutip durian katanya

Isnin 24/06/2019
- Adik aku bawak mak ke klinik. masa ni doctor check gula mak. tinggi gula mak. 17 masa tu. So mak sebelum ni tak pernah tau pon ada kencing manis sebab mak memang jarang buat checkup. So doctor kata mak dah kena kencing manis. akan ada follow up checkup di klinik lagi selepas ni.

Rabu 26/06/2019
- Bawak mak ke klinik lagi untuk follow up kencing manis. masih tinggi. Isnin depan repeat lagi. Tapi mak tetap tak larat lagi. Nak makan pon tak de selera katanya. Malam tu masa aku call, ayah je yang cakap. kata ayah, mak tak larat nak bangun. Allah..mak jarang demam sampai tak larat nak bangun. Aku dah janji dengan ayah masa ni, nak balik Jumaat ni..

Khamis 27/06/2019
- Masa tengah siapkan anak anak nak pergi sekolah, adik call bagitau nak bawak mak ke hospital sebab mak tak larat nak bangun sangat dah. Nak call ambulans untuk bawak mak ke hospital. Allah..encik suami pon ajak balik kampung terus. Anak-anak pon tak kesekolah.
- Masa ni mak di bawa ke Hospital Slim River. Masa aku sampai kat hospital, mak masih ada di wad kecemasan. Kata adik, mak ada di zone merah. Allah..berdebar rasanya masa tu..
- Dalam setengah jam, doctor bagitau, mak stabil. Ada jangkitan kuman di sekitar usus mak.Tapi masih tak pasti di bahagian mana. Doctor kata, mak cuma perlu makan antibiotik dan masukkan air sebab badan mak kering sangat masa sampai ke hospital.
- Sementara mak nak dapat wad, aku balik rumah ayah dlu, bagi anak-anak makan. dan petang tu, aku melawat mak. Masa ni, abang aku dari KL terus ke hospital. Masa tengah nak cari parking, abang aku call. katanya mak kena transfer ke Hospital Besar Ipoh sebab di Hospital Slim tak ada alatan CTScan untuk nak tahu kat mana sebenarnya jangkitan mak.
- terus naik ke wad mak dan jumpa dengan doctor yang merawat mak. Kata doctor, patutnya selepas masukkan 3 beg air dan antibiotik, keadaan mak makin ok. Tapi sebaliknya, mak nampak makin teruk. Jantung mak makin laju. Allah..Allah..Doktor takut ada benda lain yang lagi teruk sebenarnya.
- Tak apalah untuk kebaikan mak...aku satu famili dan abang aku, follow mak sampai ke hospital Ipoh.
- Sampai Ipoh masa ni dah pukul 9 malam. lama jugak kami tunggu keputusan mak. masa ni aku dapat masuk sekejap jumpa mak. Mak cakap"Adik, kalau nak marah rumah berselerak, marahlah..mak tak larat sangat nak kemas" Allah..makkkkk..orang boleh kemas nanti mak..mak  tak payah risau. aku pon sebak tengok mak masa ni..nampak sangat, mak tercungap-cungap nak bernafas. Aku tak bagi mak cakap banyak, sebab mak nampak tak larat sangat. Mak mintak air sejuk masa ni, dia kata dia haus sangat. dia nak air yang sejuk..aku tak dapat nak cari air sejuk. lagipun masa tu, nafas mak nampak tercungap-cungap. Risau aku. Tapi aku suapla jugak air masa ni kat mak. Hanya itu bakti yang dapat aku buat untuk mak masa tu. Aku mintak izin dengan mak nak keluar sebab anak yang bongsu tu, tak nak dengan orang lain. nanti kalau dah menangis, satu hospital boleh dengar suara dia.
-Aku terpaksa bemalam rumah sepupu aku yang tinggal dekat jugak denga hospital malam tu, walau masa tu, mak belum dapat masuk ke wad lagi.Aku ada anak kecik.kakak ipar pon ada anak kecik jugak,jadi  terpaksa aku balik dulu bawak anak-anak berehat. Abang dan ada anak buah seorang tinggal untuk jaga mak.
- untuk maklumat, aku 4 beradik. kebetulan kami 4 beradik semua ada anak kecik yang masih menyusu badan. Nasib baik anak buah aku dah besar sikit, bolehlah dia tengokkan opahnya. Abang aku pon stay jugak malam tu kat hospital. ikutkan hati aku.aku nak je tinggal dengan mak. aku nak jaga mak. tapi aku ada anak kecik yang tak nak dengan orang lain.
- Mak dapat masuk wad dalam pukul 3 pagi.

Jumaat 28/06/2019
- lepas sarapan, abang aku call tanya bila nak datang hospital sebab keadaan mak tak stabil.
- pagi tu abang bagitau, mak ok. mak siap mintak nak makan roti. sempat jugak mak sembang dengan abang. lepas doktor datang buat checkup, mak muntah dan keadaan terus tak stabil.
- masa aku sampai hospital, mak dah dimasukkan alat bantuan pernafasan. Allah..mak tak sedar. doktor transfer mak ke ICU petang tu. Pagi tu, doktor cakap, organ mak yang lain masih ok. petang tu, doktor bagitau buah pinggang mak maybe kena buat dialisis lepas ni.
- sepatutnya nak buat scan tapi keadaan mak tak stabil, jadi tak dapat buat scan. kena tnggu mak stabil dulu. lemah lutut aku tengok mak terbaring lesu. tak bermaya.
- lepas transfer mak ke ICU, aku tak dapat jumpa mak. aku balik dulu. terpaksa balik walau hati ni tak sanggup nak tinggalkan mak. aku masih tumpang rumah sepupu. nasib baiklah sepupu aku ni baik sangat suami isteri. Allah sahaja yang mampu membalas segala budi baik dia sepanjang aku kat sana menumpang rumah dia.

Sabtu 29 /06/2019
- Mak masih kritikal di ICU. Masa ni doktor bagitau, bersedia dengan segala kemungkinan. Allah..aku masih belum mampu untuk terima semua ni.sungguh tak kuat.

Ahad 30/06/2019
- Mak masih sama. cuma doktor kena juga buat CTscan untuk tahu apa masalah mak. Bila dapat result,  kata doktor, hempedu bocor. tapi disebabkan keadaan mak yang dah guna bantuan pernafasan  dah terus tak banyak yang boleh dibuat. malam tu doktor nak buat operation. walaupon operation tu sebenarnya berisiko tinggi. tapi sekurangnya doktor beruasaha sdaya upaya untuk selamatkan mak. doktor briefing kami. dengan linangan airmata aku mendengar tiap kata doktor. aku dan adik beradik yang lain cuba untuk kuat sebenarnya depan ayah. Aku nampak ayah tak banyak cakap. sesiapa sahaja yang call ayah tanyakan keadaan mak, aku nampak ayah menangis.
- Malam tu, aku gagahkan juga datang ke hospital masa mak operation. Aku tunggu sampai habis operation. tapi sebabkan lama sangat nak tau keadaan mak lepas operation, aku balik dulu rumah sepupu dalam pukul 1 pgi.

Isnin 01/07/2019
-Malam tu aku tak lena tidur,  Aku risau, aku takut. sekejap sekejap tengok handphone. aku wasap abang tanya keadaan mak. abang terus jawab masa tu..abag kata..doktor nak jumpa abang..
- tak sampai 5 minit abang wasap. abang call, suruh aku dan ayah datang ke hospital. Mak tenat...Allah..Allah..
- Adik dan abang memang dah ada dihospital.cuma kakak aku terpaksa balik ke KLkerana ada hal anak dia yang dia harus utamakan. ikutkan hati dia, jugak nak bersama mak.
- Aku masuk jumpa mak buat kali terakhir. ajarkan mak shahadah. aku sayu..aku tak sanggup tengok mak macamtu. penuh wayar di badan. tangan dia aku genggam. Mak..orang sayang mak dunia akhirat.  Ampunkan orang mak..halalkan segala susu mak yang pernah mak bagi pada orang. orang sayang makkk..hanya itu yang mampu aku bisikkan di telinga mak. aku sedih..aku pedih tengok orang yang aku sayang begitu. terbaring kaku.
- Mak menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.03 pagi. Allah..lemah lutut masa tu. Mak tinggalkan kami juga akhirnya. Semoga Mak tenang di sana. Semoga Allah yang Esa mengampunkan dosa dosa mak dan tempatkan mak di Syurga. Mak meninggal kerana hempedu bocor yang menyebabkan kegagalan organ.
-Dalam perjalanan balik ke Trolak dari Ipoh, aku dan encik suami mengimbau kenangan bersama mak. Raya kali ni merupakan raya terakhir kami bersama mak. segala pemberian kami adik beradik pada mak masa raya, mak gunakan. biasanya mak susah nak guna barang baru. sayang katanya. tapi kali ni mak pakai dengan senang hati. Ajak amik gambar pon, Mak ok je..rupanya mak nak tinggalkan kami. Mak bagi kami kenangan terakhir dengan mak..Makk..orang rindu mak..

Guys, maafkan aku kalau panjang plak entry pasal mak. Maaf jugak, kalau kucar kacir bercerita. Aku cuma nak share  kisah mak. kepada korang yang masih ada mak dan ayah..hargailah. kalau pon mungkin hubungan korang masa ni tak berapa baik dengan mak ayah, tetapi sebagai anak..mengalahlah. sungguh..bila mereka dah tak ada..korang akan rindu sangat dengan mereka. korang akan teringat-ingat kat mereka. Rindu yang tak ada penghujungnya. Masa tu, nak putar balik masa pon tak boleh. Hargai mereka selagi masih ada. kenangilah jasa mereka selagi boleh.



Ok guys, sedekahkan Al-Fatihah buat bondaku Narmah binti Ibrahim. Sungguh..aku rindu pada mak yang teramat sangat. ..Al Fatihah buat mak..








I'm Back



 Assalammualaikum..

Hai korang...Ya Allah..sudah bertahun rupanya daku tak update apa-apa dalam blog ni rupanya.
bukan sahaja dah bersawang, dah tumbuh semak samun rupanya. Hahaha..
Nak berblog pon dah tak tahu macam mana. jakun sekejap.

Sebenarnya banyak benda nak cerita. Tapi tulah, disebabkan kekangan masa, maka impian tinggal impian. maklumlah..ahli keluarga makin bertambah. eh..hahahha...Rezeki Allah..

Maka dengan pertambahan ahli keluarga, aku dengan ini, telah decide untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdullillah..dah 2 tahun aku berhenti kerja. Ingatkan jadi surirumah bolehlah update blog, tapi tak jugak..hahaha..sibuk 24jam jugak.

Ini pon sebab anak-anak dah semakin membesar dan bolehla curi-curi masa update. so,  tak delah rasa bosan bila anak-anak ke sekolah

Korang, sepanjang aku tak berblog ni kan, banyak sebenarnya kisah suka duka yang aku dan keluarga kena lalui.

 Antaranya ialah, aku baru kehilangan bonda yang tersayang. Inilah pertama kali aku merasa kehilangan sangat. Sungguh weh..aku tak tipu. Hilang separuh hidup aku bila mak tak de. Ni pon masa tengah menaip ni, aku sebak sangat teringatkan arwah mak.

Next entry aku story k.

Up dulu come back entry untuk inform korang, pasni dah boleh baca balik blog ni...hahahha..perasan..macam la ada orang cari kan..dah..aku kisah apa..

Tata korang..inshaAllah..ada rezeki, aku tulis lagi...daaaa...

Tuesday, December 2, 2014

Dah Hujung Tahun


Assalammualaikum..

Huh..rindu giler babeng ngan blog saya yang tak seberapa ni..bz sket ngan anak2 sejak diorang cuti sekolah ni..

Sempena cuti sekolah..saya daftarkan anak dara berdua tu kelas fardhu Ain dan Alquran di masjid dekat dengan rumah. Adalah aktiviti yang diorang nak buat, kalau tak dok melepak kat taska jer..boring jugak..berbaloi gak hantar..bayar rm20 sorang..selama sebulan. Moga diorang berdua dapat ilmu yang bermanfaat. Tak kisahla bape bayaran asalkan ilmu yang diorang dapat tu berguna untuk diorang. 

Kejap jer masa berlalu kan. Pejam celik..pejam celik..rupanya dah hujung tahun. Tahun depan Rabiatul plak sekolah.. Camner la budak kecik kenot tu nak galas beg...kihkih..kurus jer..Mesti dia buli kakak ni..hehehe...

Nak beli baju sekolah untuk dia pon susah gak ni, xde saiz dia...tapi bagus gak..beli saiz besar..pakai lah dua tiga tahun..Jimat duit..hahaha..melampau kan..

Ni pon tak prepare lagi barang-barang untuk sekolah diorang.. nantilah..dah hujung bulan nanti, baru gi beli...skang ni saya pon agak sebok nak menghabiskan kerja2 untuk tahun ni..tahun depan lagi berlambak kerja nak di buat..huhu..adatla kan..kerja..

Oklah..saya nak buat kerja dulu..thanks yer..sebab sudi baca karangan merapu di pagi hari..hihi..Peace Yo...


Monday, November 10, 2014

Hilang Sekejap


Assalammualaikum..

Hai..saya muncul balik, setelah hilang sekejap dalam blog ni. Sebenarnya ada, cuma macam tak de idea nak citer apa..Hihi..

Jumaat lepas saya dah menjangkau umur 30 Tahun..eeeiii..dah makin tua dah..alhamdullillah..masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk bernafas dimuka bumi Allah ni..Thanks pada kawan2 yg wish..saya xde buat makan2 pon..makan2 untuk anak beranak adalah...hehe.

Banyak benda yang jadi sejak 2 menjak ni. Dugaan dan Ujian silih berganti. Antara kuat dan tidak..saya cuba gagahkan diri untuk terima semua ni. Allah takkan uji saya kalau saya tak mampu nak hadapi. Sedih ..kecewa...marah..bengang..semua ada. tak tahu nak digambarkan macam mana. Hanya pada DIA saya mengadu..moga saya kuat dan tabah. Jadikan Ujian ini Ya Allah sebagai penguat imanku kepadaMu..dan sebagai penghapus dosa2 Ku Ya Allah. 





Ikutkan hati ni, memang x tertahan dah nak tanggung..sbb tulah ada peribahasa melayu ada berkata, ikut rasa binasa, ikut hati mati.. Mujur ada lagi iman di dada..buatkan saya cuba juga untuk bangkit, lawan semua ni. Tergamaknya mereka..sungguh tergamak dan sungguh tak sangka. Tak apalah..Allah itu Maha Adil...Ingat yer...



Oklah dah tak mau citer sedih-sedih...x mau dah ingat yg bukan2. Doakan saya diberi kemudahan dan semua ini berakhir dengan baik yer kawan2..




Tuesday, October 14, 2014

Rabiatul dah 6 tahun


Assalammualaikum..

Semalam, genaplah Umur Rabiatul 6 tahun..dah besar anak mak..tahun depan dah darjah 1. cepat betol masa berlalu.. Mak pon semakin tua..hihi..yerlah..mna ada org semakin muda..yer dak.. Tapi tulah..nyaris2 gak terlupa birthday mak nenek ni..hahaha

Rabiatul ni, dia sebenarnya tak banyak karenah, hati kering..mulut pon banyak. Kalau bercakap..huh..non stop. pastu ayat skema kot. tengah marah pon kadang2 bleh gelak. 

Skang ni suka sangat gaduh ngan Umar. ngan kakak Sumaiyah lagi best gaduh. kalau suruh Sumaiyah amik kan apa2 tu..main arah2 jer...mak ko ni perati jer perangai ko..

Dia adalah tnya, takde kek ker..haha..nasib Sumaiyah aritu tak tnya ada kek ke tak..Saya jawab lah..mana ada kek...pastu dia ckp lagi..aik..hari jadi ayah tu ada jer kek...eh..loading jap..bila masa ek..dia jawab lagi..kat umah mak tok tu...ayah kan anak orang kaya..Oh My Atul...ada je jawapan ko kan...saya pon diam jelah. Bila masa ek..ada kek kat umah mak tok masa harijadi ayah dorang.. Konpius jap..



Balik kerja smlm, Pak mertua call en Suami tnya xde buat mkn2 kek ker..hahaha..mana nak sempat pon..bakar kek pon kite tak tau..hihi..malu.. pastu dia kata nak datang rumah lepas maghrib..nak jumpa Rabiatul la tu.  Rabiatul ni, ramai yang suka main ngan dia..sebab dia ni senang jaga. compare ngan Sumaiyah..dia manja sket...so..kalau pak sedara ngan mak sedara nk gi mana2, nak bawak budak2 ni, diorang lagi suka bawak Rabiatul..tak banyak bunyik..hihi.. 





memang sah Mak tok ngan Tok Ayah datang bagi ang pow..eh..camtu ke eja. boleh la... jeles I. mak tok ngan tok ayah merempit dtg umah tau sebab nak bagi Rabiatul hadiah harijadi..huhu..untunglah.. Tapi rumah mak ngan ayah dekat jer..5 minit jer. TQ Mak Tok..Tq Tok Ayah.. malu2 Rabiatul dapat hadiah. 




Rabiatul sayang, 
mak sentiasa mendoakan Rabiatul menjadi anak yang solehah, yang menjadi benteng untuk mak dan ayah dari api neraka. Jadilah anak yang taat pada Allah, agama dan Rasul. Mak tak ada harta bergunung untuk anak-anak mak, melainkan doa agar anak -anak mak berjaya dunia dan akhirat. maafkan mak kalau sepanjang mak mendidik anak-anak mak, mak tak sempurna, tapi seikhlas hati mak cuba untuk jadi Mak yang terbaik dalam menjaga amanah yang Allah berikan pada mak dan ayah... 

Friday, October 3, 2014

Umar dan Ultraman


Assalammualaikum...

Cerita je pasal Umar ni..hadoi..tepuk dahi dulu..Alahai anak bujang mak yang sorang ni..macam peel sekarang ni. Sejak dah besar sket ni, nampak Umar suka sangat tengok citer lawan-lawan. cam citer superman, Boboiboy..pastu sekarang ni yang paling dia suka.. Ultraman la..huhuhu.. Balik taska jer..nak tengok Ultraman. Pastu bising la dia bgtau Ultraman datang la..raksaksa dtg.."mak..mak..tomen..tomen.." huh..dah la suara nyaring...tanjat mak ..

Pastu klu keluar je, mesti kena pow mainan ngan dia..nak patung ultraman la..belon ultraman...hadoiii..asalkan ultraman la.. mainnyer dah la ganas sangat. baru jer beli dah tercabut tangan...dah cacat..sabar je lah. Dulu dia  minat sangat ngan Upin Ipin..sampai baju yang nak pakai pon, nak upin ipin gak. Sekarang dah tukar, dah jatuh hati ngan Ultraman. tak kiralah..Ultraman Taro ker, Max ke, Mebius ker..semua dia suka..macam-macam perangai dia skang. nak gi taska nak bawak mainan, klu tak dapat bawak..alamatnyer..meraunglah..dari dalam lift sampaila kt taska..nasib taska kat tingkat bawah jer..nasib jugak si ayah Umar ni gagah perkasa..dia lah yang dukung Umar sampai bawah..saya cuma mampu melihat sahaja..kihkih. tu belom lagi dia buat-buat tido time orang sebok nak gi kerja..anak bujang sorang..



tara...kepala dah botak..hahaha..Umar ni tak boleh dibiarkan rambut panjang..kang nampak sangat serabut...dia tak serabut pon..mak dia yang serabut lebih..hihi..macam orang banyak masalah jer..kali ni botak kepala dah tak nangis dah..dulu siap gaduh lagi ngan ayah dia..tapi kali ni..bila ayah nak touch up sket..dia cakap"mak..tenok(tengok) ayah ni.." mak dah selalu tengok ayah Umar..

Halussss  jer..


sepupu sepapat yang sama-sama minat ultraman. Ni lah mentor Umar dalam bab-bab ultraman ni..nama pon dah lebih kurang Amir.. sama-sama dah botak. Tension jer muka Amir kena botakkn kepala. dah tu plak kena paksa amik gambar...oh..tidak..

Baru-baru ni jugak..Umar dah berjaya pow saya ultraman lagi..siap ngan raksasa Gogon lagi..haduiii..Oh anak...

Ultraman dan Raksasa Gogon..hiyarkkk

masa untuk bertarung....tumbuk dia..tumbuk......hisshhh..over mak Umar ni..hihi.
tapi kan dalam pertarungan ni..raksasa gogon ni dah kehilangan kedua-dua belah tangan...yeah..Ultraman menang..huhu..

Oklah..tu jer pon nak citer..


       -Wassalam-

Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta

Assalammualaikum, Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam ...