JOM JADI GENG!

Friday, September 20, 2019

Al Fatihah Untuk Mak


Assalammualaikum..

Macam yang aku bagitau pagi tadi, malam ni, aku nak story sikit kisah arwah mak.
Tak de apa yang aku nak cerita sangat. Cumanya nak share sikit dengan sesiapa yang membaca blog aku ni je.
Aku buat sikit la kronologi, agar korang boleh paham

Sabtu 22/06/2019
- mak demam, tapi masih ke kebun kutip durian katanya

Isnin 24/06/2019
- Adik aku bawak mak ke klinik. masa ni doctor check gula mak. tinggi gula mak. 17 masa tu. So mak sebelum ni tak pernah tau pon ada kencing manis sebab mak memang jarang buat checkup. So doctor kata mak dah kena kencing manis. akan ada follow up checkup di klinik lagi selepas ni.

Rabu 26/06/2019
- Bawak mak ke klinik lagi untuk follow up kencing manis. masih tinggi. Isnin depan repeat lagi. Tapi mak tetap tak larat lagi. Nak makan pon tak de selera katanya. Malam tu masa aku call, ayah je yang cakap. kata ayah, mak tak larat nak bangun. Allah..mak jarang demam sampai tak larat nak bangun. Aku dah janji dengan ayah masa ni, nak balik Jumaat ni..

Khamis 27/06/2019
- Masa tengah siapkan anak anak nak pergi sekolah, adik call bagitau nak bawak mak ke hospital sebab mak tak larat nak bangun sangat dah. Nak call ambulans untuk bawak mak ke hospital. Allah..encik suami pon ajak balik kampung terus. Anak-anak pon tak kesekolah.
- Masa ni mak di bawa ke Hospital Slim River. Masa aku sampai kat hospital, mak masih ada di wad kecemasan. Kata adik, mak ada di zone merah. Allah..berdebar rasanya masa tu..
- Dalam setengah jam, doctor bagitau, mak stabil. Ada jangkitan kuman di sekitar usus mak.Tapi masih tak pasti di bahagian mana. Doctor kata, mak cuma perlu makan antibiotik dan masukkan air sebab badan mak kering sangat masa sampai ke hospital.
- Sementara mak nak dapat wad, aku balik rumah ayah dlu, bagi anak-anak makan. dan petang tu, aku melawat mak. Masa ni, abang aku dari KL terus ke hospital. Masa tengah nak cari parking, abang aku call. katanya mak kena transfer ke Hospital Besar Ipoh sebab di Hospital Slim tak ada alatan CTScan untuk nak tahu kat mana sebenarnya jangkitan mak.
- terus naik ke wad mak dan jumpa dengan doctor yang merawat mak. Kata doctor, patutnya selepas masukkan 3 beg air dan antibiotik, keadaan mak makin ok. Tapi sebaliknya, mak nampak makin teruk. Jantung mak makin laju. Allah..Allah..Doktor takut ada benda lain yang lagi teruk sebenarnya.
- Tak apalah untuk kebaikan mak...aku satu famili dan abang aku, follow mak sampai ke hospital Ipoh.
- Sampai Ipoh masa ni dah pukul 9 malam. lama jugak kami tunggu keputusan mak. masa ni aku dapat masuk sekejap jumpa mak. Mak cakap"Adik, kalau nak marah rumah berselerak, marahlah..mak tak larat sangat nak kemas" Allah..makkkkk..orang boleh kemas nanti mak..mak  tak payah risau. aku pon sebak tengok mak masa ni..nampak sangat, mak tercungap-cungap nak bernafas. Aku tak bagi mak cakap banyak, sebab mak nampak tak larat sangat. Mak mintak air sejuk masa ni, dia kata dia haus sangat. dia nak air yang sejuk..aku tak dapat nak cari air sejuk. lagipun masa tu, nafas mak nampak tercungap-cungap. Risau aku. Tapi aku suapla jugak air masa ni kat mak. Hanya itu bakti yang dapat aku buat untuk mak masa tu. Aku mintak izin dengan mak nak keluar sebab anak yang bongsu tu, tak nak dengan orang lain. nanti kalau dah menangis, satu hospital boleh dengar suara dia.
-Aku terpaksa bemalam rumah sepupu aku yang tinggal dekat jugak denga hospital malam tu, walau masa tu, mak belum dapat masuk ke wad lagi.Aku ada anak kecik.kakak ipar pon ada anak kecik jugak,jadi  terpaksa aku balik dulu bawak anak-anak berehat. Abang dan ada anak buah seorang tinggal untuk jaga mak.
- untuk maklumat, aku 4 beradik. kebetulan kami 4 beradik semua ada anak kecik yang masih menyusu badan. Nasib baik anak buah aku dah besar sikit, bolehlah dia tengokkan opahnya. Abang aku pon stay jugak malam tu kat hospital. ikutkan hati aku.aku nak je tinggal dengan mak. aku nak jaga mak. tapi aku ada anak kecik yang tak nak dengan orang lain.
- Mak dapat masuk wad dalam pukul 3 pagi.

Jumaat 28/06/2019
- lepas sarapan, abang aku call tanya bila nak datang hospital sebab keadaan mak tak stabil.
- pagi tu abang bagitau, mak ok. mak siap mintak nak makan roti. sempat jugak mak sembang dengan abang. lepas doktor datang buat checkup, mak muntah dan keadaan terus tak stabil.
- masa aku sampai hospital, mak dah dimasukkan alat bantuan pernafasan. Allah..mak tak sedar. doktor transfer mak ke ICU petang tu. Pagi tu, doktor cakap, organ mak yang lain masih ok. petang tu, doktor bagitau buah pinggang mak maybe kena buat dialisis lepas ni.
- sepatutnya nak buat scan tapi keadaan mak tak stabil, jadi tak dapat buat scan. kena tnggu mak stabil dulu. lemah lutut aku tengok mak terbaring lesu. tak bermaya.
- lepas transfer mak ke ICU, aku tak dapat jumpa mak. aku balik dulu. terpaksa balik walau hati ni tak sanggup nak tinggalkan mak. aku masih tumpang rumah sepupu. nasib baiklah sepupu aku ni baik sangat suami isteri. Allah sahaja yang mampu membalas segala budi baik dia sepanjang aku kat sana menumpang rumah dia.

Sabtu 29 /06/2019
- Mak masih kritikal di ICU. Masa ni doktor bagitau, bersedia dengan segala kemungkinan. Allah..aku masih belum mampu untuk terima semua ni.sungguh tak kuat.

Ahad 30/06/2019
- Mak masih sama. cuma doktor kena juga buat CTscan untuk tahu apa masalah mak. Bila dapat result,  kata doktor, hempedu bocor. tapi disebabkan keadaan mak yang dah guna bantuan pernafasan  dah terus tak banyak yang boleh dibuat. malam tu doktor nak buat operation. walaupon operation tu sebenarnya berisiko tinggi. tapi sekurangnya doktor beruasaha sdaya upaya untuk selamatkan mak. doktor briefing kami. dengan linangan airmata aku mendengar tiap kata doktor. aku dan adik beradik yang lain cuba untuk kuat sebenarnya depan ayah. Aku nampak ayah tak banyak cakap. sesiapa sahaja yang call ayah tanyakan keadaan mak, aku nampak ayah menangis.
- Malam tu, aku gagahkan juga datang ke hospital masa mak operation. Aku tunggu sampai habis operation. tapi sebabkan lama sangat nak tau keadaan mak lepas operation, aku balik dulu rumah sepupu dalam pukul 1 pgi.

Isnin 01/07/2019
-Malam tu aku tak lena tidur,  Aku risau, aku takut. sekejap sekejap tengok handphone. aku wasap abang tanya keadaan mak. abang terus jawab masa tu..abag kata..doktor nak jumpa abang..
- tak sampai 5 minit abang wasap. abang call, suruh aku dan ayah datang ke hospital. Mak tenat...Allah..Allah..
- Adik dan abang memang dah ada dihospital.cuma kakak aku terpaksa balik ke KLkerana ada hal anak dia yang dia harus utamakan. ikutkan hati dia, jugak nak bersama mak.
- Aku masuk jumpa mak buat kali terakhir. ajarkan mak shahadah. aku sayu..aku tak sanggup tengok mak macamtu. penuh wayar di badan. tangan dia aku genggam. Mak..orang sayang mak dunia akhirat.  Ampunkan orang mak..halalkan segala susu mak yang pernah mak bagi pada orang. orang sayang makkk..hanya itu yang mampu aku bisikkan di telinga mak. aku sedih..aku pedih tengok orang yang aku sayang begitu. terbaring kaku.
- Mak menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.03 pagi. Allah..lemah lutut masa tu. Mak tinggalkan kami juga akhirnya. Semoga Mak tenang di sana. Semoga Allah yang Esa mengampunkan dosa dosa mak dan tempatkan mak di Syurga. Mak meninggal kerana hempedu bocor yang menyebabkan kegagalan organ.
-Dalam perjalanan balik ke Trolak dari Ipoh, aku dan encik suami mengimbau kenangan bersama mak. Raya kali ni merupakan raya terakhir kami bersama mak. segala pemberian kami adik beradik pada mak masa raya, mak gunakan. biasanya mak susah nak guna barang baru. sayang katanya. tapi kali ni mak pakai dengan senang hati. Ajak amik gambar pon, Mak ok je..rupanya mak nak tinggalkan kami. Mak bagi kami kenangan terakhir dengan mak..Makk..orang rindu mak..

Guys, maafkan aku kalau panjang plak entry pasal mak. Maaf jugak, kalau kucar kacir bercerita. Aku cuma nak share  kisah mak. kepada korang yang masih ada mak dan ayah..hargailah. kalau pon mungkin hubungan korang masa ni tak berapa baik dengan mak ayah, tetapi sebagai anak..mengalahlah. sungguh..bila mereka dah tak ada..korang akan rindu sangat dengan mereka. korang akan teringat-ingat kat mereka. Rindu yang tak ada penghujungnya. Masa tu, nak putar balik masa pon tak boleh. Hargai mereka selagi masih ada. kenangilah jasa mereka selagi boleh.



Ok guys, sedekahkan Al-Fatihah buat bondaku Narmah binti Ibrahim. Sungguh..aku rindu pada mak yang teramat sangat. ..Al Fatihah buat mak..








No comments:

Post a Comment

Mix Vege Pasta By Eatalian Express Pasta

Assalammualaikum, Hai korang..rajin kan daku update blog yang suam-suam kuku ni. Hehehe. Saje jer. Dah lama sangat tak share macam-macam ...